faktor pembentukan malaysia



Assalamualaikum WBT

Projek hari ini dalam sejarah yang telah kami pilih adalah bertajuk Faktor-faktor pembentukan Malaysia yang menjadi sub topik dalam tajuk besar PENGUKUHAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA. 

Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada sembilan buah Negeri Melayu, iaitu Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan dua buah Negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Singapura diletakkan di luar Persekutuan Tanah Melayu seperti yang terkandung dalam dua perjanjian terdahulu iaitu Malayan Union (1946) dan Persekutuan Tanah Melayu (1948). Sarawak dan Sabah kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota, sementara Kesultanan Brunei terus dilindungi oleh British. Keadaan ini kekal sehinggalah timbul ura-ura pembentukan Malaysia.Akhirnya, pembentukan Malaysia diterima dan Perlembagaan Malaysia 1963 telah digubal.




Cadangan ke arah pembentukan Malaysia bermula dengan cadangan yang dibawa oleh beberapa orang tokoh di Malaysia.





Pembentukan Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk pada masalah keselamatan, usaha mendapatkan kemerdekaan dan juga proses dekolonisasi. Selain itu, sebabnya adalah untuk mengadakan kerjasama ekonomi serta mengimbangkan penduduk Melayu dan bukan Melayu. Rajah berikut dapat menjelaskan lagi faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan persekutuan ini :


  • Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961. Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew, iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People's Action Party (PAP) pada masa depan. Perkembangan ini membimbangkon kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura. Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan berhaluan kiri.

  •  Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ini untuk mendesak British menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu sepanjang tempoh darurat, dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Selain itu, ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Dandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis. Masalah ini merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Penyertaan Singapura,Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.

  • Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak,Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini Sarawak, Sabah dan Brunei masih belum mampu berkerajaan sendiri. Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Di samping itu, mereka dapat menikmati pernbangunan sosial, ekonomi dan politik.


  • Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan kemerdekaan. Dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan. Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara.British berharap pernbentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. British perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama di tanah jajahan mereka.






  • Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. 

  • Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini. Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah, Sarawak dan Sabah pula mempunyai sumber balak, manakala Brunei kaya dengan sumber minyak.






  • Salah satu faktor utama pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam gabungan itu.

  • Pada keseluruhannya, pernbentukan Malaysia bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri anggota di samping untuk memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah. Ini selari dengan dasar dekolonisasi British. Pembentukan Malaysia juga memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama.






Pada mulanya pembentukan Malaysia merupakan sesuatu yang agak mustahil terutama apabila melihat reaksi penentangan yang datang dari dalam negeri dan negara luar. Namun, menerusi diplomasi, masalah tersebut dapat diatasi. Pembentukan Malaysia telah berjaya menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri jirannya bagi kepentingan bersama. Kejayaan ini memaparkan ciri-ciri kepemimpinan tokoh tempatan di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Kerajaan British juga sanggup bekerjasama dan bertolak ansur demi mencapai kesejahhteraan bersama. Di samping itu, kerjasama yang diberikan oleh rakyat negeri negeri anggota adalah untuk memastikan kedaulatan negeri terjamin. Perjanjian Malaysia 1963 mengambil kira kepentingan semua negeri anggota untuk mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan antara negeri. Bagaimanapun, pada tahun 1965 Singapura telah berpisah dengan Malaysia.





1 comment: